Monday, 13 June 2011

Romantik Imam Al-Syafie

Imam Al-Syafie telah berkahwin dengan seorang wanita yang bernama Humaidah binti Nafi' bin 'Uyainah bin Amr bin Usman bin Affan. Pada ketika itu, usianya 30 tahun. Pernikahan tersebut berlangsung setelah tragedi kewafatan guru beliau, Imam Malik bin Anas. Disamping itu, Imam Al-Syafie juga telah menikahi seorang budak  perempuan (hamba).

Hasil pernikahan beliau dengan wanita yang berketurunan Usman ini, dianugerahkan oleh Allah seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Anak lelakinya yang sulung itu bernama Abu Usman Muhammad selaku hakim di kota Aleppo. Manakala dua puterinya bernama Fatimah dan Zainab. Adapun pernikahan denga budak perempuan (hamba), Imam Al-Syafie hanya dikurniakan seorang anak yang diberi nama Al-Hasan bin Muhammad bin Idris yang meninggal ketika masih kecil.

Ibnu Khillikan menuturkan bahawa Imam Al-Syafie berkata, "Saya menikahi wanita yang berketurunan Quraisy dan sering saya candakan (senda gurau) dengan bait syair:"

"Cinta bertepuk sebelah tangan adalah musibah"

Lalu isterinya menjawab:

"Wajahnya berpaling darimu. Namun, kamu tidak dapat melupakannya."

_______________________________
Bibliografi:
1. Al-Imam Al-Syafie fi Madzhabihil Qadim wal Jadid karya Dr. Ahmad Nahrawi Abdus Salam.

1 comment: