Monday, 13 June 2011

Imam Al-Syafie Jaguh Sukan

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam memang menggalakkan umat Islam supaya memilih sukan memanah dan berkuda. Sukan ini jugalah yang menjadi kebiasaan Imam Al-Syafie dalam kehidupannya.

Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam:

وارموا واركبوا وأن ترموا أحب إلى من أن تركبوا
Ertinya: "Panah dan berkudalah! Memanah lebih aku sukai buat kalian dari berkuda." Hadis riwayat Abu Daud, Al-Nasa'i dan Al-Hakim. Al-Hakim berkata: Sanad hadis ini Sahih.  

Imam Al-Syafie berkata, "Hobiku adalah memanah dan mencari ilmu. Kehebatanku dalam memanah 10 persepuluh. Jika ada 10 sasaran memanah, maka sepuluh itu jugalah yang terpanah (dengan tepat)." 

Di masa lain Imam Al-Syafie berkata pula, "Saya suka sekali memanah, sehingga seorang tabib memberi peringatan kepadaku agar tidak berjemur kepanasan, kerana bimbang paru-paru rosak." 

Al-Rabi' bin Sulaiman, salah seorang murid Imam Al-Syafie bercerita, "Dulu Imam Al-Syafie sangat pandai berkuda dan benar-benar berani. Ketika kudanya sedang makan, dia menjentik telinganya dan tiba-tiba kuda itu melompat di atas punggungnya." 

Demikianlah kehandalan Imam Al-Syafie dalam sukan memanah dan berkuda.   

__________________________________
Bibliografi:
1. Imam Al-Syafie fi Madzhabihil Qadim wal Jadid karya Dr. Ahmad Nahrawi Abdus Salam. 

3 comments:

  1. Assalamu'alaikum..
    Saya ingin berkongsi mengenai memanah sunnah...
    Saya ada join group memanah traditional/sunnah. Menggunakan panah traditional dan cara memanah yg berbeza dengan kedudukan yg lebih fleksibel; sambil berjalan, berlari dan menaiki kuda. Kaedah yg diajar adalah cara memanah sunnah, cara yg digunakan oleh para anbiya a.s dan sahabat r.a. Berbeza dengan panah moden yg diasaskan oleh orang Eropah. Untuk maklumat lanjut boleh lihat di pemanah.net, http://www.facebook.com/pages/Sunnah-Memanah/144079788974847, http://www.facebook.com/pages/LEAP-Programme/168463993239629.

    Salam,
    Alfi Rusydi
    http://www.facebook.com/alfi.rusydi

    ReplyDelete
  2. saya jumpa ulasan kumpulan pemanah selangor ini di tv http://www.keriswarisan.com/live/forum/thread/1106/pertandingan-memanah-tradisional-25-jan-2015/

    ReplyDelete