Thursday, 16 June 2011

Bahaya Fanatik Mazhab

Fanatik menurut Kamus Dewan bermaksud orang yang keterlaluan pada sesuatu pegangan atau pendirian.

Fanatik Mazhab bermaksud orang yang keterlaluan pada sesuatu mazhab. Sikap fanatik ini tidak disukai oleh para ulama. Maka, kita dituntut supaya bersikap toleransi dan bersederhana dalam pendirian.

Pernah Imam Al-Syafie berkata, "Jika kalian menjumpai dalam kitabku sesuatu yang menyalahi sunnah, maka ambillah sunnah itu dan tinggalkan pendapatku."

Oleh yang demikian, setiap orang yang mengikuti Mazhab Al-Syafie dinasihatkan agar tidak bersikap fanatik sampai menyebabkan perkara-perkara berikut:
1. Menolak suatu hadis Sahih yang bertentangan dengan Mazhab Al-Syafie. Namun, sebelum mengamalkan hadis sahih itu, adalah penting merujuk kepada ahli-ahli fiqh (fuqaha') dan hadis (muhaddits) terlebih dahulu.
2. Muktamad berpendirian bahawa hanya Mazhab Al-Syafie sahaja yang benar, adapun mazhab selain Al-Syafie (Hanafi, Maliki, Hanbali) semuanya salah dan tidak betul.
3. Mereka-reka hadis palsu bagi membela Mazhab Al-Syafie.
4. Bertengkar atau berperang dengan mazhab selain Al-Syafie (Hanafi, Maliki, Hanbali).
5. Mempermainkan dalil seperti mengubah redaksi nas demi mempertahankan Mazhab Al-Syafie.

Menurut Sheikh Ibn al-Qayyim, bentuk-bentuk taklid yang diharamkan ialah:
1. Berpaling dari apa yang telah diturunkan oleh Allah, tanpa meneliti kembali kerana merasa cukup dengan taklid kepada nenek-moyang.
2. Taklid kepada orang yang tidak diketahui kredibiliti keahliannya.
3. Taklid sesudah tertegaknya hujah dan telah jelas dalil-dalil yang menyalahi pendapat orang yang diikuti.

Selanjutnya kata Sheikh Ibnu al-Qayyim,"Sesungguhnya Allah SWT mencela orang-orang yang berpaling dari apa yang diturunkan oleh Allah kemudian bertaklid (mengikuti) apa yang dilakukan oleh nenek-moyangnya tanpa didasari ilmu pengetahuan. Taklid seperti ini yang diharamkan dan dicela oleh para ulama dan Imam mujtahid yang empat (Abu Hanifah, Malik, Syafie dan Ahmad). Adapun bertaklid kepada orang yang mengerahkan segala upaya untuk mengikuti apa yang diturunkan oleh Allah, di mana dia tidak mengetahui sebahagian apa yang diturunkan oleh Allah, kemudian dia bertaklid kepada orang yang lebih mengetahuinya, maka jenis taklid ini dipuji dan tak dicela, diberi pahala dan tak diseksa."

Kata Ustaz Umar Muhammad Noor, "Perbezaan adalah sebuah kenyataan". Kesimpulannya, bersederhanalah dalam kehidupan bermazhab. Semoga sikap toleransi sesama umat Islam dapat mengeratkan hubungan persaudaraan dan mewujudkan umat Islam yang bersatu-padu dalam menentang musuh-musuh Islam. Wallahu a'lam.

______________________________
Bibliografi:
1. I'lamul Muwaqqiin karya Sheikh Ibn Al-Qayyim.
2. Argumentasi Ulama Syafi'iyah karya Ustaz Haji Mujiburrahman.
3. Blog Ustaz Umar Muhammad Noor

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Bahaya Fanatik Mazhab hanya untuk Para Ulama' dan orang yang terus Belajar untuk menjadi Ulama' sahaja.. Jika mereka Fanatik Mazhab maka Terhenti lah kerja-kerja untuk terus belajar dan terhentilah juga kerja-kerja Usul mereka dalam memberi pendapat

    Tidak ada Bahaya Fanatik Mazhab yang Timbul Untuk orang Awam yang dilahirkan dan diBesarkan dalam Masyarakat Islam.. Orang Awam WAJIB mengambil Usaha untuk mengikut mana-mana Mazhab dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah (Tidak Perlu Belajar untuk mengHukum seperti Ulama'), kerana orang-orang Awam telah meluangkan banyak masa mereka dalam aktiviti ekonomi untuk memyumbang Zakat fitrah dan Zakat Pendapatan. Aktiviti-aktiviti ekonomi ini juga yang diberi Hukum Fardu Kifayah oleh para Ulama' Ahli Sunnah Wal Jamaah. Menjadi BAHAYA untuk orang awam jika Tidak mengambil Usaha megikut Mazhab dalam Peribadatan mereka terutama sekali Ibadat Khususiah ( Rukun Islam ).
    -
    Dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah, Perkara Pokok Akidah adalah Sama dalam Semua Mazhab yang 4. Untuk perkara-perkara yang menjadi perkara Furu' (Cabang), Orang Awam TIDAK boleh mencampur adukkan keputusan Hukum-hukum dari Mazhab-Mazhab yang 4 dalam satu-satu peribadatan. Melainkan Keperluan kepada Kemudahan TANPA menafikan Punca Ketentuan untuk dilakukan satu-satu peribadatan.

    Contoh: Dalam Mazhab Syafi'e: Basmallah adalah Salah satu Ayat yang WAJIB dibaca dalam al-Fatihah ketika Solat. Kalau Tidak diBaca maka terBATALlah Solat itu, Kerana Basmallah adalah salah satu dari 7 ayat Utama al-Fatihah. TETAPI, Dalam Mazhab Hanafi pula Basmallah tidak WAJIB dibaca dlm Al-Fatihah kerana dalam Mazhab Hanafi untuk Al-Fatihah ada 7 Ayat Utama termasuk 2 ayat Utama dalam Satu ayat Utama yang diKira ayat terakhir dalam Al-Fatihah mengikut Mazhab Syafi'e. Jadi, Untuk Sah Solat pengikut Mazhab Syafie, maka seseorang itu Wajib mengambil Wuduk mengikut mazhab Syafi'e juga...(Tidak diHuraikan di sini)

    Lagi contoh: Bagi Mazhab Syafi'e, Zakat Fitrah Mesti diKeluarkan dengan sukatan ditentukan dari makanan Ruji satu-satu kawasan, contohnya beras. Tapi untuk kemudahan peribadatan, kerana bukan semua penduduk satu-satu kawasan melakukan aktiviti Fardhu Kifayah menanam Padi ( Contoh: Malaysia) , Maka Harga yang bersamaan dengan Sukatan Zakat Fitrah yang ditentukan keatas beras juga boleh diKeluar, ini adalah Fatwa yang diambil dari Mazhab Hanafi. Maka, Zakat Fitrah (DiWAJIBkan) boleh (diHARUSkan) diKeluarkan dengan Wang.

    Dan, banyak lagi contoh-contoh (tidak dihuraikan di sini), diutarakan di sini adalah sebagai Bukti kenapa Orang Awam Islam WAJIB mengambil usaha mengikuti Mazhab, mana-mana Mazhab yang 4 dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.

    Sekian Wassalam

    ReplyDelete