Ketekunan Imam Al-Syafie dalam ilmu pengetahuan membuatkan dirinya kurang rehat dan terkena penyakit yang amat berat. Muhammad bin Abdullah bin Abdul Hakam menceritakan kondisi Imam Al-Syafie yang menderita kesakitan, "Al-Syafie menderita penyakit buasir yang sangat parah dan membimbangkan. Ia menyedari sakitnya itu kerana kurang penjagaan dan tidak mempedulikan pantang-larang."
Akhirnya, Imam Al-Syafie wafat di Mesir pada malam Jumaat di hari akhir bulan Rejab, 204 H selepas selesai melaksanakan solat Maghrib. Al-Rabi' pula bercerita, "Dalam tidurku, saya bermimpi Nabi Adam AS meninggal dunia. Lalu, saya tertanya-tanya tentang erti mimpi itu." Ternyata selang beberapa ketika, ia mendapat khabar akan kewafatan Al-Syafie.
Menurut Imam Ibn al-Qayyim di dalam kitab Al-Ruh, mereka yang mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat tidak akan menghadapi seksaan kubur. Semoga Allah selalu merahmati Imam Al-Syafie.
________________________________
Bibliografi:
1. Al-Syafie karya Prof. Muhammad Abu Zahrah.
2. Al-Imam Al-Syafie fi Madzhabihil Qadim wal Jadid karya Dr. Ahmad Nahrawi Abdus Salam. 3. Al-Ruh karya Ibn al-Qayyim.
No comments:
Post a Comment