Monday, 13 June 2011

Murid-murid Imam Al-Syafie

Imam Al-Syafie mempunyai murid yang sangat ramai. Pernah digambarkan oleh Ibrahim al-Harbi tentang ramai orang yang mahu belajar kepada Imam Al-Syafie di saat beliau memperkenalkan fiqh barunya di Masjid Jami' al-Gharbi, Baghdad, Irak:

"Ketika Al-Syafie datang ke Baghdad, di Masjid Jami' Al-Gharbi terdapat 20 majlis fiqh rasional. Tetapi setelah Al-Syafie mula memperkenalkan fiqhnya pada hari Jumaat, majlis fiqh rasional tersebut bubar dan hanya tinggal 3 majlis saja, kerana majlis-majlis yang lain pindah ke majlis Al-Syafie."

Berikut adalah sebahagian murid-murid Imam Al-Syafie.

Di Mekah:
1. Abu Bakar Al-Humaidi. [Mufti dan Ahli Hadis Mekah]
2. Abu Ishaq Ibrahim bin Muhammad Al-'Abbasi. [Ahli Hadis Mekah]
3. Abu Bakar Muhammad bin Idris. [Sahabat Imam AL-Syafie]
4. Abu Al-Walid Musa bin Abu Al-Jarud. [Ahli Fiqh Mekah]

Di Baghdad:
1. Abu al-Hasan Ash-Shabbah Az-Za'farani. [Ahli Fiqh, Ahli Hadis Baghdad]
2. Abu Ali Al-Husain bin Ali al-Karabisi. [Ahli Fiqh, Ahli Hadis Baghdad]
3. Abu Tsaur Al-Kalbi. [Ahli Fiqh Mesir]
4. Abu Abdurrahman Ahmad bin Muhammad bin Yahya Al-Asy'ari. [Ahli Fiqh, Ahli Hadis Baghdad]
5. Ahmad bin Hanbal. [Mujtahid Mutlak, Pengasas madzhab Hanbali, Amirul Mukminin fil Hadis]

Di Mesir:
1. Harmalah bin Yahya Bin Harmalah. [Ahli Hadis Mesir]
2. Abu Ya'qub Yusuf bin Yahya Al-Buwaithi. [Imam Besar, Ahli Fiqh Mesir]
3. Abu Ibrahim Ismail bin Yahya Al-Muzani. [Imam Besar. Ahli Fiqh Mesir]
4. Muhammad bin Abdullah bin Abdul Hakam.[Ahli Fiqh Mesir]
5. Al-Rabi' bin Sulaiman bin Daud Al-Jaizi. [Ahli Fiqh Mesir]
6. Al-Rabi' bin Sulaiman Al-Muradi. [Ahli Fiqh, Muadzdzin di Masjid Jami' Fusthath- Jami' Amr bin Al-Ash.]

_______________________________
Bibliografi:
1. Al-Syafie karya Prof. Muhammad Abu Zahrah.
2. Al-Imam Al-Syafie fi Madzhabihil Qadim wal Jadid karya Dr. Ahmad Nahrawi Abdus Salam. 

No comments:

Post a Comment

Post a Comment